Sign In

CDC organized “OK Kah Anakku?" roadshow

PRESS INFO

JERAYAWARA “OK KAH ANAKKU?"

PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

 

Ahad, 22 Rabiulawal 1445 / 8 Oktober 2023 – Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (CDC), Kementerian Kesihatan mengadakan Jerawayawara “OK Kah Anakku?" di ruang legar, Tingkat 1, OneCity Shopping Centre, Kg. Salambigar. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, bagi merasmikan pembukaan jerayawara tersebut.

 

Jerayawara didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Dr. Hjh Mawarni Hj Abdul Hamid, Konsultan Pediatrik, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak selaku Pengerusi Majlis dan diikuti dengan pelancaran jerayawara, penyerahan sijil penghargaan kepada para penyumbang oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diteruskan dengan lawatan pameran yang berkaitan dengan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak. Beberapa agensi Kerajaan yang lain, turut serta menjayakan jerayawara ini iaitu:-

  • Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan;
  • Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama;
  • Bahagian Orang Kelainan Upaya, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan
  • Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja, Jabatan Psikitiari, Kementerian Kesihatan.
 
​Jerayawara “Ok Kah Anakku?" ini merupakan salah satu inisiatif CDC untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para ibu bapa dan penjaga dalam penjagaan dan mengesan perkembangan anak-anak mereka secara lebih mendalam. Melalui jerayawara ini, mereka juga berpeluang untuk berinteraksi dengan kakitangan Pusat Perkembangan Kanak- Kanak dimana mereka boleh bertanya sebarang soalan atau kebimbangan mengenai anak mereka.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr. Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) dan Yang Mulia Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abd Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) serta Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

- ​T A M A T -


Tarikh: 22 Rabiulawal 1445 / 8 Oktober 2023

Rujukan: RIPASH/CSR/OKTOBER2023​


Attachments