Sign In

DOA Kesyukuran Ceremony in conjunction with Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam's Puja Usia

​PRESS INFO

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA BINTI

AL-MARHUM PENGIRAN PEMANCHA PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMED ALAM

 

Rabu, 25 Rabiulawal 1445 / 11 Oktober 2023 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada hari ini di Surau Nuurul 'Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Doktor Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis didahului dengan Solat Fardhu Asar berjemaah diikuti dengan Solat Sunat Hajat dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Nor Asilin bin Haji Puting, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional); Yang Mulia Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abd Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

T A M A T   -​

 

 

Tarikh: 25 Rabiulawal 1445 / 11 Oktober 2023

Rujukan: RIPASH/CSR/OKTOBER2023


Attachments