Sign In

BADMINTON Tournament Opening Ceremony

PRESS INFO

MAJLIS PEMBUKAAN KEJOHANAN BADMINTON KEMENTERIAN KESIHATAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 2023

 

Jumaat, 05 Rabiulakhir 1445H / 20 Oktober 2023M – Kementerian Kesihatan menganjurkan Kejohanan Badminton antara Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian Kesihatan bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

 

Hadir selaku Tetamu kehormat ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Objektif kejohanan ini ialah:

  • Untuk menyahut dan menyokong visi Kementerian Kesihatan 'Bersama Ke Arah Warga Sihat'.
  • Bagi menggalakkan Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan.
  • Untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan (Team Work) di kalangan Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya
  • Untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya supaya berminat dan melibatkan diri di dalam sukan badminton.
  • Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama diantara Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
  • Untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi bagi mewakili Kementerian Kesihatan menyertai Kejohanan Badminton Pesta Sukan Kementerian-Kementerian, Sukan Muhibbah Borneo dan Perlawanan Persahabatan di dalam atau luar negeri.

 

​Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syujaiee bin Mudim Haji Metassim, Pegawai Pelajaran, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis Yang Mulia Dr Hajah Surita binti Haji Mohd Taib, Pengarah Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan. Sebanyak 16  pasukan menyertai pertandingan badminton ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Kesihatan dari keempat-empat daerah.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Ketua-Ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 
 

-​ T A M A T -

 

Tarikh: 05 Rabiulakhir 1445H / 20 Oktober 2023M

Rujukan: KK/PR/3/1


Attachments