Sign In

CLOSING of the Entrance Door And Patient Drop off And Pickup Place Lobby 5, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital

PENGUMUMAN MEDIA

PENUTUPAN PINTU MASUK DAN TEMPAT PENURUNAN DAN PENGAMBILAN PESAKIT LOBI 5 HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

 

Isnin, 22 Rabiulakhir 1445H / 06 November 2023 –  Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa pintu masuk dan tempat penurunan dan pengambilan pesakit di Lobi 5, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja membaik-pulih siling ('ceiling') tempat penurunan dan pengambilan tersebut. Ianya ditutup dari 4 November 2023 sehingga kerja-kerja selesai.

 

Dalam pada itu, penurunan dan pengambilan pesakit ditempatkan sementara di luar Wad 1 (blok berdekatan lobi 5), Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Kementerian Kesihatan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.

 

Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai bolehlah melayari laman web  Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.bn atau media sosial rasmi Kementerian: @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam 123.

​ 

-TAMAT-

 

Rujukan         : HRIPAS/CSR/Pengumuman Media

Tarikh            : 22 Rabiulakhir 1445H / 06 November 2023


Attachments