Sign In

QMS, Self Check-In & Video Consultation Demonstartion in BruHealth App

​PRESS INFO

DEMONSTRASI BAGI CIRI QUEUE MANAGEMENT SYSTEM (QMS), SELF CHECK-IN DAN KONSULTASI VIDEO DALAM APLIKASI BRUHEALTH


25 Syaaban 1445H bersamaan 06 Mac 2024M – Pada hari ini, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan mengunjungi Pusat Kesihatan Muara untuk menyaksikan demonstrasi bagi ciri-ciri dalam aplikasi BruHealth.

 

Beberapa ciri telah diperkenalkan dalam aplikasi BruHealth bagi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan seperti:

  • Queue Management System (QMS)
  • Konsultasi video (Video Consultation)
  • Self Check-In
  • Rekod Kesihatan Pesakit (Patient Health Record)

     

    Ciri Queue Management System (QMS) merupakan sebuah sistem yang komprehensif dengan ciri-ciri yang telah diintegrasikan bagi memudahkan orang ramai untuk membuat tempahan perjanjian, pembayaran dalam talian dan pendaftaran sebelum menghadiri perjanjian di fasiliti kesihatan Kerajaan. Sistem QMS ini juga dapat membantu pihak Kementerian untuk menempatkan kakitangan dengan lebih berkesan dan produktif serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan kepada orang ramai melalui pengurusan queuing system dengan lebih berkesan dan mengurangkan kesesakan orang ramai di pusat-pusat kesihatan. Sistem pendigitalan ini akan memudahkan lagi orang ramai mendapatkan maklumat secara real-time bagi nombor giliran mereka melalui aplikasi BruHealth. Pada masa ini, hanya mereka yang berusia 12 tahun ke atas boleh membuat tempahan perjanjian melalui aplikasi BruHealth dan bagi mereka yang di bawah 12 tahun boleh menghadiri pusat-pusat kesihatan mengikut tadahan masing-masing dengan secara walk-in atau perjanjian awal yang telah ditetapkan.

     

    Manakala, ciri Konsultasi Video merupakan salah satu ciri yang bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan kesihatan melalui secara dalam talian. Ianya juga bertujuan untuk:
  • Memudahkan kakitangan kesihatan membuat perjanjian dengan pesakit.
  • Meningkatkan akses terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan.
  • Meningkatkan kapasiti kakitangan kesihatan dengan bilangan pesakit yang di jaga.
  • Meningkatkan kadar kehadiran pesakit.
  • Memberikan kemudahan alternatif selain perjumpaan bersemuka.
  • Memberikan masa yang sesuai bagi membuat sesi konsultasi video kepada pesakit.

     

    Buat masa ini, ciri Konsultasi Video hanya boleh dijadualkan oleh kakitangan kesihatan. Kementerian juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan ciri Konsultasi Video Ditempah Oleh Pesakit di masa akan datang.

     

    Ciri Self Check-In merupakan ciri baru yang diperkenalkan dalam aplikasi BruHealth dan pada masa ini ianya adalah dalam Pilot Phase di Pusat Kesihatan Muara. Ciri ini membolehkan pengguna yang telah membuat pembayaran melalui aplikasi BruHealth terus menunggu giliran mereka tanpa membuat pendaftaran apabila hadir ke pusat kesihatan yang berkenaan. Aplikasi BruHealth diintegrasikan dengan sistem Bru-HIMS dan membolehkan petugas kesihatan mengetahui secara automatik apabila pesakit berkenaan telah sampai di pusat kesihatan tersebut. Dalam sistem QMS, ianya akan menunjukkan pesakit berkenaan telah sampai atau 'Arrived' di pusat kesihatan tersebut. Dengan adanya ciri ini, ianya diharap akan dapat membantu mengurangkan lagi kesesakan di kaunter pendaftaran dan memberikan kemudahan kepada pengguna.

     

    Ciri Rekod Kesihatan Pesakit membolehkan pengguna meneliti rekod sejarah kesihatan mereka setelah mendapatkan perkhidmatan kesihatan, seperti keputusan makmal, rekod lawatan perubatan, rekod ubat-ubatan dan rekod imunisasi.

     

    Orang ramai dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi BruHealth mereka untuk menggunakan ciri-ciri kesihatan yang tersedia dalam aplikasi mereka. Kementerian Kesihatan akan terus mengemas kini dan membuat penambahbaikan baharu dalam aplikasi BruHealth untuk memudahkan lagi pemberian perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai.

     

- T A M A T -


Tarikh              : 25 Syaaban 1445H bersamaan 06 Mac 2024M

Rujukan           : KK/PR 3/1


Attachments